Murid Berkeperluan Khas (OKU)
Jika seorang murid mempunyai disabiliti yang disahkan, butiran mereka mesti direkodkan dalam sistem di bawah “Murid Berkeperluan Khas (MBK).”
Cara Mengisi:
- Pergi ke Maklumat Murid.
- Tanda “Ya” di bawah “Berkepeluan Khas.”
- Pilih jenis disabiliti (pembelajaran, fizikal, pendengaran, penglihatan, dll.)
- Simpan perubahan.
Dokumen yang Diperlukan:
- Kad OKU dari JKM.
- Laporan perubatan dari hospital.
- Surat rujukan (jika ada).
- Akuan ibu bapa (jika kad masih dalam proses).
Tetapkan ke Kelas PPKI:
Selepas status OKU disimpan, tetapkan murid ke kelas PPKI di bawah “Pendaftaran Kelas.”
